Saturday, July 6, 2013

hidup selalu ada peluang kedua

kadang-kadang aku pon taktau nak jadi diri sendiri macam mana. kah kah kah

aku ingat dekat sufo aku nak tulis komen, 'tak semua student sukakan marketing, atau nak ceburi bidang business ni, jadi masukkanlah subjek ni sebagai subjek elektif.  sebab bila dah tak minat memang nak masuk apa pun tak dapat' 
pehh kalaulah aku berani.
memang tak la nak komen macam ni. melainkan kalau aku jenis pelajar yang memang rebel. tak peduli tentang semua perkara kecuali hati dan perasaan sendiri. 

kadang-kadang aku impress jugak dengan budak-budak rebel dekat sekolah dulu bila sekarang diaorang dah maju. lagi-lagi kalau aku nampak budak2 yang muka taknak belajar dah dekat universiti. tu pon power juga. 

sebab aku sangka rebel diorang akan berterusan sampai tua. nak kawin kot. kenalah maju

aku sepatutnya study subjek marketing yang aku berangan nak komen di sufo tu. sebab walaupun aku taklah kisah sangat pasal pointer ni, tapi aku pon taknaklah menjadi repeaters. 

dulu masa sem 1 aku penah cakap ke mak aku, pasal aku mungkin repeat subjek tertentu pasal aku rasa... aku rasa... hmm... sebab... banyak la sebab. rilek mak aku jawab "kalau repeat pun bukan makna dah kena buang universiti, cuba la lagi sekali" 
pehh supportive pula. minggu sebelum tu mintak aku dapat dekan

aku bukan boleh sangat bila orang lain sedap sedap tido, aku study. 

aku nak mula pertimbangkan pakai mekap kemana-mana dan berpakaian feminin. aku nak kawin. ok bai