Wednesday, October 26, 2011

makin banyak pilihan hidup yang makin susah nak pilih.

Kesian aku tengok lelaki-lelaki yang tulis status patah-patah hati kat facebook ni. Nak je aku reply balik, jom kapel dengan aku. hihi

* * *

macam mana nak hidup sebagai penulis? maksud nya jadi penulis yang berjaya. haha gelabah kan? tau dah. haih. eh serius, macam mana? nak jadi penulis tapi malas nak menulis. hmm...

* * *

aku menang tempat ketiga dalam sukan KARISMA kat Johor. main silat. tahap lebam aku sumpah dah macam budak kena dera. tapi aku cerita ni bukan nak mencari simpati. saje-saje je.

* * *

aku tengah menstabilkan kehidupan aku. yang mana, mula-mula basuh segala baju yang bawak balik dari johor. lepas tu kemas biilik. kemas rumah. lepas tu facebooking. facebooking. facebooking. facebooking. facebooking. facebooking. facebooking. facebooking. facebooking. facebooking. facebooking @_@

* * *

rasanya tengah angau. sampai dua kali terbawak dalam mimpi. hihi

* * *

yang pasti, matlamat aku dah tersusun. cuma tinggal bergerak je. lari betul dengan susunan sebelum habis belajar dulu. owhh dekat danau dah ada shopping mall baru bukak. standard jugak. 

Thursday, September 8, 2011

saya anak angkat roslan madun

"kekampungan" tak dinilai melalui cara kau berpakaian tapi dinilai melalui cara kau berfikir.

cilake r google ni. aku ingat pantun berkait macam pantun dekat majalah-majalah sekolah dulu tu. sbb google bagi contoh yang macam tu. puas la aku bagitau semua orang macam tu. kan dah bawak ajaran sesat. aku dah rasa heaven dah sebab ingat dah siap. rupanya salah. dah nak kena buat baru. fak !

seloka macam mana pulak? roslan madun bukan pakcik aku. mana lah aku reti berseloka.

cita-cita aku nak jadi suri rumah. maknanya aku tak payah la nak belajar tinggi-tinggi kan. malas la nak sambung degree. impian aku pun cuma nak dapat henpon xperia neo je. apa ni.

Sunday, August 21, 2011

damn damn damn

tujuh page yang penuh dengan taik. arghhhh!!!!!

Thursday, August 18, 2011

gangster Tunku Durah

Hai, nama saya Nana Iliyanah. Hari ni 19/8/11 adalah birthday saya. 
nickname saya dulu Nanakamu. Pasal abang saya punya nickname dekat hostel dulu abangkite.
Saya orang Melakeee.
Dulu saya gangster sekolah. 
penah kena lempang dengan cikgu.
penah juga keca cubit sampai lebam.
tapi sekarang saya dah jadi setiausaha yang boleh goda bos.
dan hari ni 19/8/11 adalah birthday saya.



*dalam byk2 gamba kau, gamba last ni faveret aku. haha
ok ok, aku tau kau ada banyak gamba aku yang hodoh-hodoh. dan kau pon boleh kenakan aku balik. tapi simpan la niat kau tu sebab hari ni kan birthday kau :D

aku rasa ini perkara paling kiut dari classmate aku.



mimpi

aku rasa aku kena carik penilik mimpi lah. aku kena tanya dia maksud-maksud mimpi.
malam tadi aku mimpi lagi aku kena serang.
asyik-asyik mimpi aku terancam.
tak ada benda lain. mesti ramai-ramai serang aku sorang.
hari tu aku jadi askar. ingatkan aku akan jadi hero.
rupanya aku kena serang.
ni, malam tadi, kena serang lagi dengan gangster-gangster dekat-dekat dengan tadika aku dulu.

ntah bila nak mimpi jadi princess ke, jadi doktor ke, jadi director ke -.-"

Saturday, August 13, 2011


susah jugak kalau ayah pon dah ada pesbuk ni.
rasanya dah kena buat jadual masa untuk masing-masing online.

Sunday, August 7, 2011

$%^&*

aku rasa aku ni zombie lah. 
pasal aku suka sangat makan otak-otak

aku rasa aku terkenan steve irwin lah.
pasal aku suka sangat main snake.

aku rasa aku akan jadi superhero lah
pasal aku jatuh tingkat 12 tak mati pun.

aku rasa aku ..... busuk lah
pasal aku tak mandi dari pagi tadi.

Saturday, July 9, 2011

annoying !

satu dunia pon mengalami masalah politik, kau releks sudah.

Thursday, June 30, 2011

Wednesday, May 25, 2011

jiwa kacau

ma,adik dah tau result

ha brapa?

drop *mengeluh

macam mana boleh jadi camtu?

ntah la.

kau sambil lewa ni. kawan-kawan paling tinggi brapa?

paling tinggi taktau lah brapa. tapi 3 orang dekan.

gembiranya kalau dapat anugerah dekan. kau tak pernah dapat kan. kau tak tengok macam mana budak-budak dekan ni blaja?

aku diam je. dalam hati aku, entahlah, aku tengok dorang main rondes, cikupang, main gitar. sama je dgn apa yang aku buat.

Monday, May 23, 2011

macam mana ni...

nak tengok The Greatest Love.
nak tengok Lie To Me,
nak tengok 49 Days
nak tengok Romance Town
nak tengok Can You Hear My Heart
nak tengok Baby-faced Beauty
nak tengok City Hunter.

semua pelakon yang best-best. tapi internet dah tak sehebat dulu
:( cuti pun dah nak habis.

Sunday, May 22, 2011

Zine

Zine isu yang kedua dari 9belas akan di usahakan bulan depan. harap dapat sambutan yang baik macam isu satu pakcik Nokss kita. dan aku nak ingatkan je la kat 9belas, memandangkan cerita ber genre seperti Buas oleh Amanda dapat sambutan paling banyak, jangan pulak semua buat cerita bergenre tu ye :D

bukan apa, takut nanti jadi majalah playboy pulak.

Friday, May 20, 2011

daddy's pets.

ayah aku pegi mancing kat laut mana tah. tiga hari. kalau orang putih mak ayah tak ada, dorang party. tapi aku tak lah nak buat party. aku cuma nak balas dendam kat binatang yang ayah aku ternak ni. sorry yah. kami adik beradik terpaksa. demi kesihatan kita sekeluarga.

oh ya kuantiti semut dalam minuman aku memang dah tak dapat nak kawal. dan aku memang malas dah nak kawal. lepas ni ingat-ingat kan aku nama korang apa ye. terima kasih. dan semut-semut ni bukan ayah aku yang ternak, tapi kami sekeluarga :)


Wednesday, May 11, 2011

tabah rodiah :|

ok, dah dua orang cakap aku membosankan.
cukup 20 orang cakap, aku rasa aku nak delete account facebook, delete blogspot, buang hp dan segala alat-alat lain yang membolehkan aku berkomunikasi dengan orang.

Tuesday, May 10, 2011

hihi

Aku sokong Kelantan tak sokong Negeri Sembilan sbb Kelantan ada Apek.

Sama lah dgn aku.

Hebat wey dia

Tu lah. Tepis bola pon seksi.

Monday, May 9, 2011

saya sayang.....

saya sayang kakak saya sangat2...walau dia gemok, tapi dia chomell....

*ni si gemok buat sendiri dan post sendiri

Friday, May 6, 2011

hehe

aku rasa bila aku dah pandai main piano ke keyboard ke aku nak belajar semua lagu Bruno Mars. Eh kecuali lagu Just The Way You Are. Yang tu dah muak habis. Tapi tah bila tah nak reti main.


Emmm... aku rasa minah ni lawa jugak. comel laa. kulit bersih je. haaaa :p
eh ni takde kena mengena dgn video clip lagu2 bruno mars.  aku baru lepas stalk page minah fb ni.

oh ye. satu-satunya hp harapan aku dah terendam dalam air. aku pegi rendam seluar sekali dgn hp. baekk punya. sekarang guna hp sony yang bole jawab kol je, msg tak boleh bukak. stakat ni baru ada 5 msg je yang aku tak boleh nak baca. aku percaya 4 dari maxis. 1 dari mak aku.

ok, cuti ni aku plan nak belaja masak. stakat ni dah dua benda aku blaja. haha lepas tu plan nak pergi merayap sorang2. maklum laa, kawan tak ramai cam nana iliyanah korang. lepas tu plan nak tgk semua movie yang ada dlm pc. boleh tahan banyak dia. tapi cite korea pon banyak aku kena catch up ni. hmm...


Sunday, April 17, 2011

perkara-perkara yang perlu di selesaikan hari ni


bayar bil air
bayar bil elektrik
bayar saman
bayar maintenance
bayar sewa rumah
bayar kad kredit
basuh baju 
lipat baju
gosok baju
kemas rumah
basuh pinggan mangkuk
bagi kucing makan 
siapkan kerja sekolah


*muka makin jahanam.
berat makin naik
kerja tak siap-siap

Sunday, April 10, 2011

apeeee pon tak boleh

cara budak kelas pertama, kedua berkomen-komen
sangat berbeza dengan
cara budak kelas terakhir dan second akhir berkomen-komen :D

Thursday, April 7, 2011

...

memang gila

dah tujuh kali salji, awak tetap dalam hati saya.
sebab...
saya percaya awak soulmate saya.

tak pe, awak tak perlu buat apa pun. duduk je dalam hati ni.
tak payah bangun. tak payah gelak. tak payah senyum. diam je
jangan buat apa-apa. tak dengar ke? diam je.

tapi sampai satu tahap, saya terfikir. sampai bila?
saya dah separuh gila. awak macam tu jugak.
saya dah mimpi awak sejuta kali. awak macam tu jugak.
macam lebih baik saya hidup dalam mimpi.

cukup sepuluh kali salji. kalau awak macam tu jugak.
saya nak halau awak.
saya terpaksa halau awak.

walaupun saya dah tau saya akan jadi lebih gila.

Saturday, March 26, 2011

sigh~

percubaan ke lima ratus ribu untuk buat assignment psychology
masih tidak tercapai.
kita tengok pulak esok macam mana.

macam sedap je~

Friday, March 25, 2011

jemput buat semua :)

1. Sepuluh muka surat essay A Doll's House.
2. presentation buku sejarah kesusasteraan melayu moden
3. biography sasterawan negara + 10 contoh puisi
4. biography penulis lirik + 10 contoh lirik
5. gurindam
6. nazam
7. lirik cinta
8. lirik patriotik
9. lirik humor
10. lirik anti perang
11. oh! tertinggal sajak.
12. business plan
13. psychology- perception
14. presentation psychology 'Third World Disorder'
15. cerpen
16. skrip bangsawan

*satu lagi assignment akan datang minggu depan.
sape boleh lawan assignment aku?

Saturday, March 12, 2011

stalking

aku cuba laa jugak tak bukak page kau 'selalu'
tapi macam tak boleh je. hehe ;)

Sunday, March 6, 2011

secret garden. ahh~

Favorite korean drama yang baru :')

"Do not love anyone else, only think of me and live alone forever."



kalah BOF, kalah You're Beautiful, kalah IRIS, kalah My Girlfriend is Gumiho, even kalah Cofee Prince. ohh kalah Mygirl jugak.

Cofee Prince dah boleh duduk kat nombor dua dalam list aku.
Secret Garden duduk nombor satu !

Friday, March 4, 2011

entiti bukti

Dzia bagitau aku, dia rasa kecik gila masa ikut Mandy, Aima, Idham ngan Pian pergi tgk shortfilm.
biasalah dia bukan ahli kelab screening.
dia ahli kelab korea
tapi dia nak jugak merasa jadi budak film, so dia ikut je mereka berempat ni pergi solaris.
nak sebut solaris pun dia takut-takut.
sorang pun dia tak kenal masa pergi sana.
kecuali amir muhammad.
so dia ambik keputusan untuk banyakkan berdiam diri je hari tu.
sebab memang dia tak kenal sapa pun
Dia suruh aku baca cerita ni version orang lain,
aku tgk kemain semangat lagi
yang sorang 17 perenggan. sorang lagi 13 perenggan dan sorang lagi tak ketinggalan jauh 11 perenggan.

yang paling dia akan ingat incident dalam lif waktu balik.
memang dia ingat dia dalam filem seram2 macam seekers ke entiti ke.
aku nak cerita lebih pun tak brapa nak syok, sebab benda dah berlaku 5 tahun yang lepas.

saja nak melengkapkan korum. Dzia tak ada blog. dia mintak tolong aku.
aku bukan suka sangat ngan Dzia ni.
lembab je dia bercerita. orang susah nak faham pulak tu

kalau ada yang nak tau cerita penuh pasal diorang berlima ni baca lah entry meke ni

budak cute
pak busu
princess

Sunday, February 13, 2011

:]

aku percaya kau soulmate aku

Saturday, January 29, 2011

hai

mulakan dengan bismillah
senarai apa assignment yg kena buat kat ketas kecik
bukak fb jab.
bosan. tak ramai online
bukak astro 391. tengok sampai cerita habis
makan. bersenam. timbang berat
mandi. tengok henfon, ada message tak
cek utorrent, dah berapa peratus
pasang headphone, dengar lagu.
berangan jadi penyanyi jab.
ok ! perlahan-lahan. mula.
insyaAllah siap dalam seminggu.



*banyak betul halangan nak buat assignment.