Tuesday, October 9, 2012

tetap sama

Walaupun dah ramai yang cakap si Karim ni takde perasaan, tapi baru-baru ni baru dia realise yang benda tu betul. dia sendiri dapat rasa betapa tak ada perasaannya dia kepada apa saja. mungkin akibat berehat di rumah terlalu lama mengakibatkan dia jadi expressionless.

tapi sekarang dia konfius, dia expressionless ke heartless? yang pasti dia masih loser.

Wednesday, October 3, 2012

termasuk aku mungkin.

perempuan ada satu penyakit dimana bila berada di satu-satu tempat yang mana adanya lelaki yang dianggap hensem, maka kegelitisan mereka akan terserlah. 

Wednesday, September 26, 2012

f

"kalau aku jumpa Sigmund Freud aku nak tanya dia kenapa manusia akan mencarut kalau marah."

Thursday, July 12, 2012

tak kira kat mana U pun kita belajar kalau dah ianya ilmu, ia tetap ilmu. jangan banding-bandingkan U. 

Wednesday, June 6, 2012

hanya seminit

sebenarnya macam ni, kalau kau betul-betul rasa marah, atau kau betul-betul rasa sedih atau kecewa, kau taip panjang-panjang kat status kau atau tweet. panjang sepanjang yang boleh. keluarkan lah segala carutan yang kau tau. lepas tu kau biar kan. jangan klik post/tweet dulu. kau pegi tandas, kau pegi dapur carik makanan. lepas tu kau duduk balik, kau baca balik apa yang kau tulis. dan aku pasti kau tak rasa nak klik post. pasal rasa marah/sedih kau dah hilang. 

sebab aku rasa kita sebenarnya hanya perlukan seminit untuk hilang rasa marah/sedih/kecewa. biarkan benda tu jadi peribadi sebab in the end, kalau orang tanya kau kenapa, kau bukan nak jawab pon kan. jadi dari jadi attention whore, lebih baik save as draft dan post/tweet benda-benda yang kosong. 

Saturday, May 19, 2012

Papan tanda

Semalam masa balik dari Shah Alam, Karim cuba lalu jalan yg ayah dia lalu masa pulang dari konvokesyen 13may lepas. Dengan konfiden dia ikut sign board yg tertera.

Masuk je highway, Karim panic. Ni bukan laluan yg ayah dia lalu. Ah sudah! Macam mana ni. Takpe, mungkin depan sana masuklah ke faderal.

Setelah mengikut sign board dengan setia, dia ditemukan dengan tol yg pertama. RM1.20. Ah takpe, tambah sepuluh sen je. Sebab selalunya RM1.10. Perjalanan diteruskan bepandu sign board. Dulu-dulu Karim selalu terfikir yg sign board mmg selalunya akan bawak kita ke tol. Benar sangkaannya. Dia ditemukan dengan tol kedua. Tahap panic melonjak ke 50%

dengan kadar tol RM2.20, hati Karim semakin terseksa apabila dia mendapati dalam purse cuma tinggal RM3. Tapi takpe, dia yakin depan sana sudah ada susur masuk ke Kuala Lumpur. Akan tetapi sangkaannya meleset apabila dia berhadapan dgn tol ketiga yg juga bernilai RM2.20.

Sekarang yg tinggal cuma RM1. Tahap panic melonjak naik ke 80%. Jadi dia terus menelefon kakaknya.
"kak, aku dah sesat, dalam purse aku ada seringgit je, macam mana kalau depan ada tol lagi?"
"celaka apa yg ikut kau hari ni?"

setelah berpanic-panic, dan memikir kan dialog yg paling cantik jika dia berhadapan dengan tol ke empat, Karim ternampak kedai-kedai perabut disebelah kiri highway. Ah! Jalan ni! Jalan yg sudah sebati denganya sejak kecil. Aku sekarang kat highway sungai besi!

Telefon dimati kan, jalan ini sudah terlalu biasa untuknya. Senyuman terukir. Dia selamat sampai sebelum sempat berdrama dengan pekerja tol.

*sebenarnya lebih menarik kalau dia tersesat ke Seremban terus. Hmm... Aku mungkin patut buat buku 'Karim dan Kereta'

Wednesday, May 16, 2012

teringin nak buat status macam ni.

jangan la pelik kalau tiba-tiba aku like kau punya status. tapi kau tak kenal pon aku. aku like sebab aku suka. aku bukan suka-suka nak suka kau punya status. mesti la sebab aku suka aku like. aku pon tak kenal kau siapa. dan bila kau nak pastikan aku ni siapa, kau bukak page aku, tapi kau still tak kenal. jangan la risau sangat aku bukan stalker. aku pon tak kenal kau. dan satu perkara yang pasti, kau yang menggedik add orang yang kau tak kenal. pasal aku tak penah buat benda-benda macam tu. kenal pon kadang-kadang aku taknak add.

tadi aku baru tau dia dah remove aku. huh, nasib baik bukan aku yang add. kalau tak dah sakit hati dah.

Monday, April 30, 2012

GYPSY CURSE...


Karim kata semoga jasa baik korang dibalas Tuhan.

Karim sendiri tak pasti kenapa masa dia je bawak kereta mesti ada benda jadi. Kata Adi, dia terkena curse gypsy. Tapi dia tak percaya benda-benda gitu. Jadi dia persetankan segala curse-curse yang orang katakan.

Semalam, Karim dipanggil temuduga kemasukkan degree dekat Shah Alam. Pagi-pagi subuh dia dah ready untuk keluar. Jam 7.15am dia mula bergerak. Macam biasa perut pagi-pagi memang tak berapa baik. Tapi dia tahan. Ini mungkin akibat nervous yang terlampau. 

Perjalanan macam biasa, tak ada yang menarik hinggalah sampai di area Bangsar, dia terlanggar penutup besi yang bangangnya memang ada di tengah jalan. Ah sudah! Serasanya, cubaan elakkan tadi menjadi. Tapi lain pula result-nya ni. Takpe, takde rasa goyang-goyang pun. Maka perjalanan diteruskan.

Dari KL hingga ke Shah Alam, Karim memandu dengan kadar kelajuan 70-80km/h. Sesekali dia terasa keretanya dengan sendiri bergerak ke kiri. Maka perasaan gelabah cepat menyelinap ke dalam dirinya. Karim akhirnya mengambil keputusan untuk berhenti di Petronas berdekatan Tesco Shah Alam. Keluar saja dia dari kereta, dapat dilihatnya tayar belakang sudah berlubang. Karim garu kepala, lalu diserahkan segala urusan menukar tayar ganti kepada pekerja-pekerja petronas. Cerita tayar tamat.

***

Petang Isnin, bapa Karim pergi ke kedai tayar untuk menggantikan kepada tayar yang bersesuaian dengan sport rim 14-nya. Sambil menunggu, bapanya berkata "Nanti kau bacalah Surah Yasin sorang-sorang dalam kereta ni tau. Kau sorang je. Jangan ajak orang lain" Sambil ketawa bapanya duduk disebelahnya.

Karim berkerut. Lalu memikirkan tentang skriting yang hilang semasa dia parking di rumah kawannya. Cap site mirror yang tercabut dek motor yang laju, lalu melanggarnya (F u brader motor!). Batu yang tidak semena-mena terpelanting ke pintu kereta akibat dari brader mesin rumput. Dan segala bentuk parking yang tak menjadi lalu mengakibatkan calar, kemek dan sebagainya. 

"Abah, curse gypsy tu macam mana?" 

Sunday, April 1, 2012

as slow as siput.

dia tak faham maksud "commission" jadi dia bagi semua duit tu kat orang lain. aku taktau kau naive atau lembab.

macam kau kerja kat restoran, kalau costumer dah pergi tanpa ambik baki, itu tips kau. tips kau! takkan itu pun nak kena bagitau?

Sunday, March 25, 2012

idaman

berhenti di sebelah aku adalah kereta idaman, nissan latio impul sport berwarna putih dan didalam nya empat orang lelaki remaja... yang juga idaman aku.

Monday, March 19, 2012

hati-hati !

penganggur hardcore berumur 29 tahun yang didesak girlfriend-nya untuk berkahwin. dunianya hancur ditinggalkan.

Saturday, March 17, 2012

after almost 6 month of hiatus


Aku pernah ditanya oleh lecture aku, aku dah sampai klimax hidup aku ke belum. Aku jawab belum. Dia kata bosan lah hidup kau macam tu. Bila dia kata macam tu aku terus terfikir~

Ahh. Sambil angguk-angguk. Ada!

Cuma aku tak fikirlah yang itu klimax hidup aku cuma ianya satu pengalaman hidup yang buat aku matang. Dan pengalaman berharga yang bila beratus kali diulang ceritanya takkan pernah gagal buat aku dan kawan-kawan ketawa.

Bila bercakap pasal sekolah. Imej senyum timbul dalam awan-awan atas kepala aku.

Betul. Sangat fun dan penuh adventure. Kau orang pernah kena lempang dengan cikgu? pernah kena cubit yang birunya kekal sebulan? Pernah kantoi fly? Pernah ponteng kelas 4  jam? Pernah masuk bilik pengetua dengan mak ayah? Kau pernah cikgu keluar kelas awal? Tapi bukan sebab perhimpunan atau apa tapi sebab kau tercampak berus gigi dekat dia? Aku TER weh TER. (HAHA!!) kau pernah mengumpat cikgu dan cikgu tu terdengar. Tapi kau end up gelak bersama dengan cikgu tu? dalam masa yang sama kau jugak adalah murid yang baik dengan kebanyakkan cikgu. Murid yang banggakan sekolah. Murid yang jadi orang kuat dalam event-event disekolah. Sampaikan pengetua pon boleh borak-borak.

Banyak. Ada banyak lagi benda yang aku buat. Mungkin pada orang lain, aku ni macam budak-budak yang tak ada harapan. Tak de masa depan. Jadi kau pandang rendah. Tapi bila kau bercerita pasal sekolah, benda yang paling kau ingat adalah kau tido dalam kelas. Boring weh. Stakat tido, itu budak paling rajin dalam sekolah pun buat.

Point aku bukan tu. Point aku, benda-benda yang tak lurus yang melanggar peraturan ni sebenarnya yang buat kau jadi rapat dengan cikgu dan yang paling penting buat kau jadi manusia. Pengalaman yang luar biasa. Tak ikut peraturan bukan bermaksud kita ni penjenayah. Buat apa nak takut buat salah. Sampai tua pon kita belajar dari salah kita. Asalkan kita tahu kat mana akhirnya kita patut berada.

Kau ikut peraturan, kau pelajar cemerlang, tapi pengalaman hidup kau kurang, mesti susah kau nak bergaul dengan orang baru. Dan susah juga untuk kau terima lawak/perangai orang. Apa yang aku nak katakana adalah sesekali ikutlah jalan yang tak lurus. Percayalah, ianya fun dan sangat adventure.

Jadi, apa klimax hidup korang?