Saturday, March 17, 2012

after almost 6 month of hiatus


Aku pernah ditanya oleh lecture aku, aku dah sampai klimax hidup aku ke belum. Aku jawab belum. Dia kata bosan lah hidup kau macam tu. Bila dia kata macam tu aku terus terfikir~

Ahh. Sambil angguk-angguk. Ada!

Cuma aku tak fikirlah yang itu klimax hidup aku cuma ianya satu pengalaman hidup yang buat aku matang. Dan pengalaman berharga yang bila beratus kali diulang ceritanya takkan pernah gagal buat aku dan kawan-kawan ketawa.

Bila bercakap pasal sekolah. Imej senyum timbul dalam awan-awan atas kepala aku.

Betul. Sangat fun dan penuh adventure. Kau orang pernah kena lempang dengan cikgu? pernah kena cubit yang birunya kekal sebulan? Pernah kantoi fly? Pernah ponteng kelas 4  jam? Pernah masuk bilik pengetua dengan mak ayah? Kau pernah cikgu keluar kelas awal? Tapi bukan sebab perhimpunan atau apa tapi sebab kau tercampak berus gigi dekat dia? Aku TER weh TER. (HAHA!!) kau pernah mengumpat cikgu dan cikgu tu terdengar. Tapi kau end up gelak bersama dengan cikgu tu? dalam masa yang sama kau jugak adalah murid yang baik dengan kebanyakkan cikgu. Murid yang banggakan sekolah. Murid yang jadi orang kuat dalam event-event disekolah. Sampaikan pengetua pon boleh borak-borak.

Banyak. Ada banyak lagi benda yang aku buat. Mungkin pada orang lain, aku ni macam budak-budak yang tak ada harapan. Tak de masa depan. Jadi kau pandang rendah. Tapi bila kau bercerita pasal sekolah, benda yang paling kau ingat adalah kau tido dalam kelas. Boring weh. Stakat tido, itu budak paling rajin dalam sekolah pun buat.

Point aku bukan tu. Point aku, benda-benda yang tak lurus yang melanggar peraturan ni sebenarnya yang buat kau jadi rapat dengan cikgu dan yang paling penting buat kau jadi manusia. Pengalaman yang luar biasa. Tak ikut peraturan bukan bermaksud kita ni penjenayah. Buat apa nak takut buat salah. Sampai tua pon kita belajar dari salah kita. Asalkan kita tahu kat mana akhirnya kita patut berada.

Kau ikut peraturan, kau pelajar cemerlang, tapi pengalaman hidup kau kurang, mesti susah kau nak bergaul dengan orang baru. Dan susah juga untuk kau terima lawak/perangai orang. Apa yang aku nak katakana adalah sesekali ikutlah jalan yang tak lurus. Percayalah, ianya fun dan sangat adventure.

Jadi, apa klimax hidup korang? 

3 comments:

nana iliyanah said...

kalaulah blog boleh diretweetkan. aku orang first akan gembar gemburkan dekat alam semesta.


semestinya kau buat aku tersengih sengih baca post ni.

Akemi Siegel said...

terasa seperti, diah baru saja bagi nasihat kat aku.

blog, cantik!

Rodiahalim said...

haha taklah cassy. jangan lah pk mcm tu.

hehe thanks!