Monday, April 30, 2012

GYPSY CURSE...


Karim kata semoga jasa baik korang dibalas Tuhan.

Karim sendiri tak pasti kenapa masa dia je bawak kereta mesti ada benda jadi. Kata Adi, dia terkena curse gypsy. Tapi dia tak percaya benda-benda gitu. Jadi dia persetankan segala curse-curse yang orang katakan.

Semalam, Karim dipanggil temuduga kemasukkan degree dekat Shah Alam. Pagi-pagi subuh dia dah ready untuk keluar. Jam 7.15am dia mula bergerak. Macam biasa perut pagi-pagi memang tak berapa baik. Tapi dia tahan. Ini mungkin akibat nervous yang terlampau. 

Perjalanan macam biasa, tak ada yang menarik hinggalah sampai di area Bangsar, dia terlanggar penutup besi yang bangangnya memang ada di tengah jalan. Ah sudah! Serasanya, cubaan elakkan tadi menjadi. Tapi lain pula result-nya ni. Takpe, takde rasa goyang-goyang pun. Maka perjalanan diteruskan.

Dari KL hingga ke Shah Alam, Karim memandu dengan kadar kelajuan 70-80km/h. Sesekali dia terasa keretanya dengan sendiri bergerak ke kiri. Maka perasaan gelabah cepat menyelinap ke dalam dirinya. Karim akhirnya mengambil keputusan untuk berhenti di Petronas berdekatan Tesco Shah Alam. Keluar saja dia dari kereta, dapat dilihatnya tayar belakang sudah berlubang. Karim garu kepala, lalu diserahkan segala urusan menukar tayar ganti kepada pekerja-pekerja petronas. Cerita tayar tamat.

***

Petang Isnin, bapa Karim pergi ke kedai tayar untuk menggantikan kepada tayar yang bersesuaian dengan sport rim 14-nya. Sambil menunggu, bapanya berkata "Nanti kau bacalah Surah Yasin sorang-sorang dalam kereta ni tau. Kau sorang je. Jangan ajak orang lain" Sambil ketawa bapanya duduk disebelahnya.

Karim berkerut. Lalu memikirkan tentang skriting yang hilang semasa dia parking di rumah kawannya. Cap site mirror yang tercabut dek motor yang laju, lalu melanggarnya (F u brader motor!). Batu yang tidak semena-mena terpelanting ke pintu kereta akibat dari brader mesin rumput. Dan segala bentuk parking yang tak menjadi lalu mengakibatkan calar, kemek dan sebagainya. 

"Abah, curse gypsy tu macam mana?" 

2 comments:

nana iliyanah said...

badar rasa badar berada di tempat kejadian apabila berlaku salah satu dari situasi diatas. terima kasih

iamBIG said...

LOLOLOLOLOLOLOLOLOLOLOLOLOLOLO!!!!! dah baca lom yasin tu..makin suwey jer aku rasa