Friday, September 13, 2013

melancholic week

Aku tak pernah tau apa sebenarnya yang aku rasa. serius.

Masa cuti diploma dulu, aku ada set up baik punya ruang mini pejabat aku dalam bilik. Vision aku waktu tu aku akan mengarang setiap malam dengan tekun gigih dan menjadi penulis yang sangat prolifik. Ambitious bukan? Jadi aku ambil komputer lama versi skrin gemuk yang masih sihat terbiar bawah meja solek. Aku lap skrin atas bawah kiri kanan kasi cantik kemas biar hilang segala habuk. Baru selesa memandang. Aku ambik pula keyboard dan CPU aku ulang rutin tadi. Atas bawah kiri kanan pehh kilat.

Aku tak ada meja yang cantik siap kerusi. Aku cuma alaskan dia guna satu papan almari panjang dan bawah aku tongkat dengan kotak tah mana aku dapat. kiranya aku akan bersila setiap kali aku mengadap komputer. Seingat aku laptop diploma aku waktu tu dah jahanam. oleh sebab tu lah aku set up mini pejabat aku dalam bilik. aku deco baik punya meja aku ada papercraft DIY ada kotak pensil dari gempakstarz zaman sekolah rendah, ada beberapa buah novel yang aku kira waktu tu aku belum habis baca.

Belah dinding pula aku lekatkan gambar aku atas pentas ambik scroll diploma, lukisan epal yang aku lukis masa part 1 diploma dan beberapa jenis gamba yang lain. aku variasikan dengan melekatkan pilihan2 gamba dengan polistrin kasi efek timbul untuk 3-4 gamba. hasil dia pehh. erik kalau masuk bilik aku dia pun jaw drop.

Jadi dah setel segala semua benda untuk menghasilkan mini office utk aku sendiri, malam pertama kedua ketiga aku try mengarang. Feel. Aku cucuk pendrive, banyak virus. Takpe. Aku tak kesah.

Masuk malam kelima aku dah mula sakit pinggang. membongkok utk lima hari sangat tak best. Aku fed up. Aku kemas balik semua nya ke tempat asal.


Saturday, July 6, 2013

hidup selalu ada peluang kedua

kadang-kadang aku pon taktau nak jadi diri sendiri macam mana. kah kah kah

aku ingat dekat sufo aku nak tulis komen, 'tak semua student sukakan marketing, atau nak ceburi bidang business ni, jadi masukkanlah subjek ni sebagai subjek elektif.  sebab bila dah tak minat memang nak masuk apa pun tak dapat' 
pehh kalaulah aku berani.
memang tak la nak komen macam ni. melainkan kalau aku jenis pelajar yang memang rebel. tak peduli tentang semua perkara kecuali hati dan perasaan sendiri. 

kadang-kadang aku impress jugak dengan budak-budak rebel dekat sekolah dulu bila sekarang diaorang dah maju. lagi-lagi kalau aku nampak budak2 yang muka taknak belajar dah dekat universiti. tu pon power juga. 

sebab aku sangka rebel diorang akan berterusan sampai tua. nak kawin kot. kenalah maju

aku sepatutnya study subjek marketing yang aku berangan nak komen di sufo tu. sebab walaupun aku taklah kisah sangat pasal pointer ni, tapi aku pon taknaklah menjadi repeaters. 

dulu masa sem 1 aku penah cakap ke mak aku, pasal aku mungkin repeat subjek tertentu pasal aku rasa... aku rasa... hmm... sebab... banyak la sebab. rilek mak aku jawab "kalau repeat pun bukan makna dah kena buang universiti, cuba la lagi sekali" 
pehh supportive pula. minggu sebelum tu mintak aku dapat dekan

aku bukan boleh sangat bila orang lain sedap sedap tido, aku study. 

aku nak mula pertimbangkan pakai mekap kemana-mana dan berpakaian feminin. aku nak kawin. ok bai

Sunday, May 26, 2013

im so high like meow

aku ada sekor kucing parsi. nama dia chomby.
tapi aku tak panggil dia chomby pon. bukan dia paham.

aku dapat dia dari kawan.
comel memang comel. gemok.

tuan lama dia kata dia ni dah di 'kasi' kan
maknanya dia memang seekor kucing yang pemalas nak megejar cinta dan sex.
yang dia tau makan dan menggesel di kaki aku.

baru baru ni aku agak musim mengawan tengah on.
punya bising kucing-kucing kat luar sana.
kau agak apa chomby buat?

buat muka cute dan teruskan makan?

salah.

dia hulur bontot dia kat aku.

shite.

random sangat tak boleh

nama penuh Ibrahim Arshad. 
umur lingkungan 25 tahun keatas. 
tinggi, boleh tahan.
badan sedap sedap. tak sador tak kurus. 

Ibrahim selalu fikir yang dia ni dah cukup berdikikari. tak perlu dia nak merungut sakit dekat mak dia.

biar kan je. 

kejab kang sakit tu elok la tu.
sebab tu dia menyirap bila abang dia beria mengadu sakit. 

tapi kadang-kadang bila dia mengadu sakit tu, mak
dia pulak tak layan. haih.