Saturday, January 29, 2011

hai

mulakan dengan bismillah
senarai apa assignment yg kena buat kat ketas kecik
bukak fb jab.
bosan. tak ramai online
bukak astro 391. tengok sampai cerita habis
makan. bersenam. timbang berat
mandi. tengok henfon, ada message tak
cek utorrent, dah berapa peratus
pasang headphone, dengar lagu.
berangan jadi penyanyi jab.
ok ! perlahan-lahan. mula.
insyaAllah siap dalam seminggu.



*banyak betul halangan nak buat assignment.

Monday, December 27, 2010

waaaa :((

perkara paling menyedihkan terjadi kat aku. pernah dengar tak orang cakap barang merajuk? macam kau nak gantikan dia dengan yang baru lepas tu dia terus rosak. penah dengar? kalau tak penah mungkin kau kena hidup lama lagi.
so benda ni jadi kat aku sekarang. aku memain je cakap nak tuka xperia, sekali terus rosak dan kemungkinan besar tak boleh repair. weh sayang gila aku kat hp aku tu. tak penah lepas dari tangan.
sama jugak dengan laptop, aku memain jugak cakap nak tukar kepada yang power sikit dari dia, terus crack skrin dia.
adoii mati la aku nak meng repair kau semua.

Friday, December 17, 2010

adoiiiiiiiii

tahniah lah kepada pihak uitm sebab berjaya lagi buat aku berkerut.
tolonglah !!
letih lah aku nak panjat-panjat katil, panjat-panjat tangga ni !!!!

Monday, December 13, 2010

...

terlalu banyak benda yang aku dah buat, cakap
yang kalau boleh nak aku tarik balik.

benda-benda yang memalukan diri
memang banyak.
bila fikir balik semua benda yang memalukan diri
aku dah buat
rasa macam nak terjun banggunan je.

bahan-membahan yang aku buat kat orang
ada part yang aku rasa macam aku dah overboard
kalau boleh nak je aku format balik memory aku ni
atau patah balik ke masa tu
dan mula semula aktiviti membahan
dengan cara yang tak menyakitkan hati orang

tapi nak buat macam mana.
bukan aku yang mengawal life ni
so, go on je la.

malu ke, takut ke, terasa hati ke
semua ni jugak yang buat aku matang.

kelakuan je tak matang, tapi pemikiran matang.
haha
yola tu~

Monday, November 22, 2010

birthday + KARiSMA


gamba tak berapa clear. hp orang ;p

20/11/10 yang lepas adalah birthday aku ;]]]
weeee...
tapi aku ada dekat UiTM induk masa tu. ada karisma.
aku tak kisah sangat sambut ke tak. janji ada orang wish.
dan aku gila happy bila ada manusia ni hanta mesej birthday kat aku.
pendek je
tapi memang dah boleh buat aku senyum sampai pagi
nak kol, tapi biasa lah, rodiah kan pemalu. haha

eh kau ! tak wish lagi kan?
hanta mesej cepat. sekarang !!

ok ok. memandangkan aku baru habis silat, so mood silat tu tak hilang lagi
keputusannya
jeng jeng jeng
aku kalah. hehe. 4-1. separuh akhir, aku dapat by mula2. *aku tak tau la camtu ke eja by tu. lawan dengan budak Fatani N9 gak. aku kenal la budaknya.
kira star gak la.
terus menjadikan aku 'AJK kelab duka lara' haha

tapi memang tak boleh tahan la. tecungap-cungap aku. 3rd round aku asyik pandang penjaga masa je. bila dia nak tiup wisel. serius cakap aku memang dah pancit.
last aku main masa form 5 kot, 2008. haa lama tak?
tapi aku dapat la jatuhkan dia sekali. sekali je.
bongong.
pastu aku g men dekat pulak ngan dia, asyik kena tumbuk je.

lebam-lebam men silat perkara biasa.
dah macam kena dera pon ada gak. ;) tapi gua lek je. tak nak bengkak g main catur kan?
tapi overall best la jugak. 1st time aku masuk karisma kan. pengalaman.
dapat gak menambah koleksi baju sponser ;)
tapi sekali je dapat main. bengang gak aku.
bosan jadinya.
tunggu sampai 2 tahun nak main silat, sekali dah main satu game je. haha
silat je penyumbang pingat untuk Puncak. terbaik kan?
3 emas, 1 perak, 2 gangsa. game lain? terkandas di tengah jalan X__X *eh gua agak je

ok, gua nak rest. *bajet je.
eh siyes weh. bantal uitm keras ! sakit tengkuk aku jadinya.